Tuesday, June 21, 2011

New Listing House For sale


Listing Terbaru ....
Zero deposit....
1.No x Mangga 20, Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
1 tkt, renovation 45K
Harga jual :150K

2. No x, Jambu 14, Taman kota Masai, Pasir Gudang.
2 tkt, standard.
Harga jual 150K ( cat semula)

3. No 4x, Geharu 3, Taman rinting, Masai
1 tkt end lot, 2368 sf.
Harga 155K ( cat semula)

4. No 10x, Balau 4, Taman Rinting, Masai.
1 tkt
Harga 160K ( cat semula)

5. No1x, Beringin 11, Taman Rinting, Masai.
1.5 tkt
Harga 198K ( cat semula )

6. No 1x, Santalia 2 Taman Flora Height, Masai
1 tkt renovation 40K
Harga 135 K ( cat semula )

7. No5x, Perak 7, Taman Sri Skudai..
1 tkt, renovation 40K
Harga 155K ( cat semula )

                                "SEMUA LISTING DIATAS TELAH DIJUAL"
Listing Terbaru ....
Zero deposit....
1.No x Mangga 20, Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
1 tkt, renovation 45K
Harga jual :150K

2. No x, Jambu 14, Taman kota Masai, Pasir Gudang.
2 tkt, standard.
Harga jual 150K ( cat semula)

3. No 4x, Geharu 3, Taman rinting, Masai
1 tkt end lot, 2368 sf.
Harga 155K ( cat semula)

4. No 10x, Balau 4, Taman Rinting, Masai.
1 tkt
Harga 160K ( cat semula)

5. No1x, Beringin 11, Taman Rinting, Masai.
1.5 tkt
Harga 198K ( cat semula )

6. No 1x, Santalia 2 Taman Flora Height, Masai
1 tkt renovation 40K
Harga 135 K ( cat semula )

7. No5x, Perak 7, Taman Sri Skudai..
1 tkt, renovation 40K
Harga 155K ( cat semula )




  "SEMUA LISTING DIATAS TELAH DIJUAL"

Sunday, February 6, 2011

CCRIS dan CTOS

Apa itu CCRIS dan CTOS?

Hari ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang saya rasa sangat penting kepada semua bakal pembeli hartanah khasnya, yang memerlukan khidmat pinjaman hartanah bagi tujuan pelaburan atau memenuhi impian mereka untuk memiliki sebuah kediaman.

Dari pengalaman saya menguruskan pinjaman tidak kira peribadi atau perumahan, biasa orang bertanya kepada saya, "Amerl, saya dah apply loan di bank X, tapi ditolak, kenapa ye?" Ada juga pegawai bank yang menyatakan kepada saya, "Amer, sebelum saya memulakan proses permohonan untuk pelanggan awak, tanya dia samada dia ada CCRIS atau tidak sebelum ni?", ada juga individu yang bertanya kepada saya, "Kalau saya dah ada rekod CTOS, boleh ke buat permohonan?".

Kalau anda sudah faham apa itu CCRIS dan CTOS, boleh berikan ulasan di bawah artikel ini, jika anda masih tidak faham atau tidak pernah mendengar perkataan tersebut, sila teruskan membaca.

Secara amnya institusi kewangan di Malaysia melihat tahap kredit bakal peminjam melalui CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan CTOS (Credit Tip Off Service) atau setaraf.

Apa itu CCRIS?

Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat dalam bentuk laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah diberikan kepada pelanggan mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Terdapat lebih kurang 9 Juta maklumat pinjaman peminjam di Malaysia yang disimpan di dalam sistem pangkalan data di CCRIS pada hari ini. Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS akan menunjukkan jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda termasuk jenis pinjaman (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan). Laporan CCRIS juga memberitahu pinjaman yang yang telah dipohon serta maklumat ringkas terhadap saman atau bankrupsi.

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Secara amnya, setiap institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Mereka juga akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) anda setiap bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.

Anda boleh mendapatkan laporan pinjaman anda dengan mengunjungi BNMLINK di:

Ground Floor, D Block, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my

Untuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my

Apa itu CTOS?

CTOS Sdn Bhd dan organisasi seumpamanya, mendapat dan mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka.

Maklumat bankrupsi mengandungi maklumat petisyen terhadap orang perseorangan dan syarikat, yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya mengandungi maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan, dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahkamah.

Maklumat saman pula selalunya mengandungi butiran terhadap individu dan syarikat dimana saman telah di keluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari:

CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my

Maklumat berkenaan CTOS juga boleh di dapati di Jabatan Insolvensi Malaysia atau melalui portal e-Insolvensi iaitu melalui ejen berdaftar seperti:

http://www.myeg.com.my,
http://www.e-services.com.my atau
http://www.rilek.com.my

Untuk maklumat lanjut layari: http://www.bheuu.gov.my/jim/index.shtml

Kesimpulan

Analisa terhadap laporan CCRIS dan CTOS bakal peminjam merupakan antara proses awal yang akan dilakukan oleh institusi kewangan sebelum permohonan pinjaman tersebut di hantar ke bahagian kelulusan. Pegawai pinjaman selalunya akan bertanya kepada bakal peminjam terlebih dahulu jika terdapat sebarang kelewatan bayaran pinjaman yang memungkinkan akaun mereka memberi petunjuk negatif di CCRIS atau CTOS. Adalah sesuatu yang baik jika anda membuat bayaran pinjaman setiap bulan tanpa gagal sepanjang 12 bulan. Sebenarnya pihak bank ingin melihat yang bakal peminjam boleh dan telah membuat bayaran terhadap pinjaman terdahulu dengan baik sebelum mereka meluluskan pinjaman baru.

Jika bakal peminjam sudah mempunyai rekod di CCRIS atau CTOS, adalah lebih baik jika dapat dinyatakan, agar proses membuat pinjaman tidak diteruskan, kerana jika ianya diteruskan juga, keputusannya adalah sia-sia dan hanya membuat masa, tenaga dan wang ringgit anda dan orang lain.


Terima Kasih.

Sunday, January 30, 2011

Bank Interest Rate

Salam...
Ini update tentang interest rate.
Bank Negara tetapkan BLR 6.30%
Tapi bank tolak 1.80%(UTK RHB BANK)
Jadinya interest sekarang ialah 6.30 - 1.80 = 4.50%
Disini saya senaraikan interest rate bank yg kita gunakan.
RHB BANK = 4.50%
CIMB BANK = 4.60%
HSBC BANK = 4.80%

Flyers