KERJAYA

AGEN JUAL/BELI RUMAH DIPERLUKAN DI JOHOR BAHRU

Sidang Pembaca dan Rakan Budiman,
Jika anda berada pada halaman ini, ini bermakna anda sekurang-kurangnya tahu serba-sedikit tentang Ejen Hartanah. Dan pastinya anda hendak tahu dengan lebih lanjut tentang Bidang Hartanah.
Broker Rumah, Ejen Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah biasa yang kita dengar diluar sana. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada 'mark-up' harga hartanah yang mereka jual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah mereka hasilkan.
Namun malangnya berapa ramai pembeli dan penjual (owner hartanah) yang telah tertipu dengan sindiket yang dilakukan oleh golongan tersebut.
Mesej khas ini saya tujukan kepada anda diluar sana. Jalankanlah cara dan etika yang sebenar. Kerjaya sebagai Ejen Perunding Hartanah adalah kerjaya yang profesional dan pasti memberikan pulangan yang amat lumayan. Ini fakta yang telah terbukti dan tidak boleh disangkal lagi.
Anda tidak perlu mengambil jurusan Ukur Bina atau bidang Pengurusan Hartanah!
Hakikatnya...


INILAH ANTARA MANUSIA YANG BERJAYA DALAM BIDANG HARTANAH

Donald Trump (Otai Hartanah Dunia)




Dr Sulaiman Al-Fahim (Donald Trump dari Abu Dhabi yang memiliki Abu Dhabi Hyda Properties)






Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar (siapa tak kenal MK Land)








Jadi apa lagi? Peluang dah ada didepan mata anda. Hanya keputusan yang memutuskan sama ada anda hendak cuba terjun dalam bidang ini atau sebaliknya. Tiada sesiapa yang boleh memaksa anda.

Siapakah Yang Layak Sertai Saya?

Sesiapa sahaja. Yang penting anda sanggup untuk menerima habuan pulangan ribuan ringgit setiap bulan selepas bergelar Ejen. Boleh saya katakan, saya terpaksa terima hakikat yang Ejen bakal menerima puluhan ribu ringgit sebagai pendapatan bulanan mereka.

Bilakah Saya Boleh Bermula Menjadi Agen? 

Anda boleh bermula SEGERA! Tak perlu tunggu sampai esok, kerana saya akan kongsikan bagaimana anda boleh bermula dengan cepat. Saya tak nak buang masa anda. Saya nak anda juga boleh buat jualan dengan cepat. Tetapi sebelum itu, anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan dahulu.

Semuanya akan saya pandu dan bantu. Anda tak perlu pening kepala untuk memikirkan kaedah kerana saya yang akan berikan anda kaedah tersebut. Jadi, tunggu apa lagi. Semuanya telah disediakan, anda cuma perlu tahu apa yang hendak dibuat sahaja! Simple..

Bolehkah Kerjaya Ini Dilakukan Secara Sambilan?

Ya boleh. Yang penting anda memberikan komitmen apabila telah bergelar sebagai Ejen. Apa jadi jika tidak memberikan komitmen? Dalam mana-mana kerja sekalipun, jikatidak ada komitmen maka anda akan ditolak.

Saya faham situasi anda yang hendak lari dari kongkongan majikan. Mari ikut saya dalam bidang ini, saya akan bantu anda menunaikan hasrat tersebut dengan syarat anda perlu berikan komitmen dengan saya. Tak susah jika anda telah temui caranya dan saya ada cara tersebut
.


Siapa Cepat, Dia Untung Ribuan Ringgit...

Saya tak boleh tunggu anda. Saya tak nak paksa orang yang masih belum terbuka minda. Saya tak nak paksa orang lain untuk jadi ejen. Saya masih baru dalam bidang ini. Tetapi saya ada rakan-rakan yang sedia membantu saya untuk berjaya dalam bidang ini. Mereka dapat menghasilakan jualan yang konsisten setiap bulan dan saya percaya sesiapa sahaja boleh lakukan sedemikian. Merka adalah mentor yang sentiasa bersedia membantu.Persoalannya, bilakah langkah pertama hendak bermula?

Berminat dengan Bidang Ini?

Inilah tempat untuk mendapat Pendapatan Tanpa Had

Sebagai Agen Jual Rumah

Pendapatan Lumayan

Pendapatan Minimum RM2000 Sebulan

Kawasan Yang Diperlukan Agen:-
Kempas
Masai
Ulu Tiram
Skudai
Tampoi
Pasir Gudang
Plentong
Kulai
Senai
 



Kelayakan yang diperlukan adalah:-
1.Lelaki/Perempuan-Bujang/Berkahwin
2.Berumur dalam Lingkungan 21 hingga 45 tahun.
3.Part Time & Full Time
4.Sekurang-kurangnya lulus SPM
5.Mempunyai perwatakan menarik dan kemas
6.Mempunyai kenderaan sendiri
7.Gaji dibayar berdasarkan komisen
.

"Kekosongan kerjaya sebagai ejen hartanah terpaksa ditutup disebabkan kesukaran mendapatkan listing rumah untuk dijual "